Selasa, 25 Ogos 2009

~7 pErKaRa MeMbUaT aNdA bMoTiVaSi di WaKtU pAgi~


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Sabtu, 22 Ogos 2009

~iNdAhNyA RaMaDhAN~



Fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

malam 1: keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2: diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3: berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.'

malam 4: memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

malam 5: Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.


malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7: seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir'aun dan hamman.


malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10: Allah subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11: keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12: datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13: datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14: datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


malam 15: semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


malam 16: Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18: seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19: Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21: Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22: datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).


malam 23: Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

malam 24: Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.


malam 27: Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar
malam 28: Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat
malam 29: Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30: Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'al-Kauthar'"

-ihsan dari hamba Allah-

Bersama-samalah kita meramaikan dan mengerjakan solat terawikh dengan mengharapkan balasanNya di akhirat kelak, Insya-Allah.

Rabu, 12 Ogos 2009

~mOtOr Yg DhArAmKaN Di MaLaYsiA a.k.a PyEbAb UtAmA H1N1~

AMARAN!!!!

Masyarakat Malaysia dinasihatkan supaya tidak membeli,menyentuh atau menghampiri kenderaan bermotor seperti gambar diatas.



Spesifikasi motor HARAM JADAH!!!

  • Jenis enjin : 4 lejang, 1 silinder sejukan cecair, 4 injap (SHOC)

  • Gerek x lejang : ( 57mmx 58.7 mm)

  • Isi padu sesaran : 149.48cc

  • Kuasa maksimum : 11.1 kw/8500 rpm

  • Tork maksimum :13.1 Nm/7500 rpm

  • Nisbah mampatan : 10.4:1

  • Sistem nyalaan : CD1

  • Sistem penghidup : Tendang dan elektrik

  • Sistem Bahan Api :P ancitan

  • Sistem klac : Basah,plat berbilang,manual

  • Transmisi : 5 kelajuan

  • Suspensi depan : Fork taleskopik

  • Suspensi belakang : Tunggal/monocross

  • Brek hadapan : Cakera tunggal

  • Brek belakang : Gelendong

  • Jenis kerangka : Berbentuk berlian/delatabox

  • Saiz tayar depan : 2.75-17 41P

  • Saiz tayar belakang : 90/90-17 M/C 49P

  • Tinggi pelana : 760 mm

  • Tapak roda : 1282 mm

  • kelegaan bumi : 167mm
  • P x L x T : (2,000 x 705 x 1035)mm

  • Berat kering : 98kg

  • Muatan tangki : 12 liter


Selasa, 11 Ogos 2009

~iBuKu SeOrG pEmBoHoNg~(renungkanlah)


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.



~PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA~

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar."


~PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA~

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu.. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."


~PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA~

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."


~PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT~

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!"


~PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA~

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."


~PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM~

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit."


~PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH~

Setelah tamat pengajian di univer siti , saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."



~PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN~

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa ber sal ah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya rindukan ibu…..

Isnin, 10 Ogos 2009

~FoR SoMeOnE~

hepi birthday!!!

Ahad, 9 Ogos 2009

~kEiNdAhAN SoRg WaNiTa~


" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


" Sabda Nabi S.A.W:

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


PEREMPUAN MUKMINAH:

Siti Zubaidah tokoh pembangunan yang berwawasan

Dia seorang lagi serikandi Islam yang cukup terkenal dari dahulu sehingga kini. Dia juga turut dikaitkan dengan terusan yang cukup pernting dan popular serta menjadi nadi kepada umat Islam, terutama yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Terusan yang dibina kira-kira 1400 tahun dahulu itu adalah hasil dari inisiatif seorang wanita hartawan, Siti Zubaidah binti Jaafar. Jasanya terutama dalam pembangunan infrastruktur di zaman kerajaan Abasiah. Terusan tersebut menjadi nadi penting pada masa itu.

Kisah wanita ini amat menarik untuk ditatapi oleh pembaca, bukan kerana dia isteri Khalifah Harun Al-Rashid, tetapi dikagumi kerana kepintaran dan wawasannya membina kemudahan infrastruktur negara.

Perkahwinan Siti Zubaidah dan Khalifah Harun diadakan secara besar-besaran semasa pemerintahan Al-Mahadi, ayahanda kepada Khalifah Harun. Rakyat jelata dan fakir miskin dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat serta diberikan pelbagai hadiah istimewa di majlis itu.

Khalifah Harun yang pada masa itu belum dilantik sebagai Khalifah sanggup membelanjakan banyak wang untuk meraikan perkahwinannya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja kerana terlalu gembira berjaya memiliki wanita idaman.

Siti Zubaidah seorang wanita yang pintar dan berpandangan luas. Justeru pendapatnya sentiasa diterima dan dihormati. Selain itu di juga berbakat dalam bidang seni terutama sajak dan syair berunsur perjuangan, puji-pujian kepada Tuhan, selawat ke atas Nabi dan sebagainya.

Aktiviti seni dan budaya menjadi sebahagian dari darah dagingnya. Di juga mempunyai dan memimpin unit kebudayaan di bawah pimpinannya.

Selain itu di juga isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suami sebagai pejuang Islam. Untuk itu dia sentiasa berjalan seiring dengan perjuangan suami kerana menyedari tenaga wanita sepertinya turut diperlukan dalam perkembangan negara Islam.

Dia juga sedar bahawa tugas sebagai pemipin bukan satu tugas yang mudah dan tugas isteri jua bukan sekadar ibu rumahtangga, tetapi mendampingi, memberikan buah fikiran dan membantu tugas-tugas suami terutama dalam meningkat imej negara dan agama Islam.

Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, Siti Zubaidah begitu berhati-hati mengatur hidupnya menguruskan rumahtangga dan menghibur suami serta anak-anak yang bakal dilahirkan.

Dia sedar sebagai isteri Khalifah, dia perlu cepat bertindak dan bijak membuat keputusan, berwaspada dalam semua keadaan, membataskan diri dengan hukum-hukum syarak serta berkorban apa sahaja untuk suami walaupun terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Yang penting baginya biarlah suami mendapat layanan terbaik dan istimewa serta sentiasa dilimpahi kegembiraan.

Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, tetapi wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementera dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicari.

Idea untuk membina terusan tersebut terdetik apabila mendapat tahu bahawa penduduk di Mekah menghadapi masalah kekurangan air ketika mengerjakan haji pada tahun 186 hijrah.

Melihat keadaan itu, dia mengarahkan semua arkitek dan pekerja untuk segera melaksanakan pembinaan projek terusan walaupun terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar.

Mereka memulakan kerja-kerja tersebut dengan menyambungkan mata air dari gunung-gunung di sekitar Mekah. Projek ini menelan belanja 1,700,000 dinar. Ia masih beleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan di antara Mekah dan Mina.

Selain itu dia juga turut memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Mekah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai yang datang ke Mekah berehat.

Selain itu di Baghdad juga terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan masjid Siti Zubaidah kerana dia yang bertanggungjawab membinanya

Khalifah Harun Al-Rashid amat gembira dan berasa bertuah kerana mempunyai isteri yang cantik dan bijak. Pasangan ini sering berbincang dan bertukar pandangan. Pendapat Siti Zubaidah selalu tepat dan sesuai untuk pembangunan semua golongan.

Tentang penglibatan dalam politik, dia tidak bermaksud untuk mencampuri urusan tersebut, tetapi mahukan anak sulungnya, Al-Amin dilantik sebagai Putera Mahkota, tetapi cadangan ini telah dibantah oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

"Wahai Zubaidah, sesungguhnya kelebihan anakmu dihadapanmu adalah sama seperti keindahan seorang anak di mata ibu bapanya. Bertakwalah kepada Allah, sebenarnya demi Allah, anakmu ini lebih aku kasihi dari lain-lain"

"Tetapi perkara ini adalah perkara pemerintahan, tidak boleh diserahkan, melainkan kepada orang yang berhak. Kita semua bertanggungjawab kepada rakyat jelata dan berdosa jika kita cuai. Kita tentu tidak sanggup menemui Allah dengan menanggung dosa-dosa mereka serta dipertanggungjawabkan atas kesalahan-kesalahan mereka." Kata Khalifah.

Setelah mendengar kata-kata suami tersayang, Siti Zubaidah tidak membantah. Bagaimanapun sejarah kemudian menyaksikan Al Amin dilantik dan diberikan jawatan itu selepas kemangkatan Khalifah. Dia kemudian digulingkan dan dihukum bunuh setelah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Tempatnya diganti oleh Al Makmum.

Siti Zubaidah menyaksikan semua itu dengan hati yang hancur luluh. Tetapi apabila mengingatkan kata-kata arwah suami, jiwanya kembali tenang. Dalam masa yang sama ada yang cuba menghasut supaya menuntut bela ke atas pembunuhan tersebut, tetapi dia berjaya mengenepikan hasutan tersebut. Baginya Al Makmum tidak bersalah dan dia kenal siapa anaknya dan siapa Al Makmum.

Sejak itu wanita ini menghabiskan sisa-sisa hidup dengan memperbanyakkan ibadat, berzikir serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Dia juga menjadi tumpuan, tempat rujukan dan pertanyaan mengenai hal-hal furuk dalam ajaran Islam.

Siti Zubaidah menyimpan seramai 100 jariah yang menghafaz al-Quran. Dia meninggal dunia pada 216 Hijrah di Baghdad.

Kitab Riadhus Salikin menceritakan bahawa selepas beberapa malam setelah kematian Siti Zubaidah, seorang soleh yang bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dalam syurga.

Wali Allah tersebut bertanya, "Apakah amalan yang menyebabkan engkau memperolehi darjat ini?"

"Tidak, bukan itu. Aku memperolehi darjat ini kerana harta yang bercampur. Allah mengira pahala dan mengampunkan segala dosaku kerana sewaktu aku mengadakan majlis nyanyian dan bersyair, aku hentikan apabila suara muazzin melaungkan azan, aku menyuruh semua jariahku berhenti dan menyambung kembali setelah azan selesai. Itulah amal ibadat yang Allah terima dan nilai," kata Siti Zubaidah.


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH:


Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi) Mentaati dan menyenangkan hati ibu Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami) Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami) Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi) "Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

Khamis, 6 Ogos 2009

~BiLa BdAk SaiNs BrCiNtA~hakhakhak

boy : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

girl : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

boy : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

girl : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

boy : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

girl : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

boy : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

girl : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

boy : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

girl : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

boy: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

girl: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

boy: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

girl: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

boy: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

girl: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

boy: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

girl: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

boy: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

girl: Tapi, imanku adalah infiniti!

boy: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

girl: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

boy: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

girl: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..