Rabu, 17 November 2010

~SeLaMaT aRi RaYa HaJi~





Selamat menyambut hari raya Aidiladha 1432 pada 17 November 2010








Hayatilah hari raya korban pada tahun ini dengan penuh keinsafan dan makna yang tersirat di sebalik pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim a.s.


TEGUHKAN IMAM, TEGAKKAN ISLAM...YAKINLAH PADA PENGORBANAN DI JALAN ALLAH S.W.T

SALAM AIDILADHA

Isnin, 15 November 2010

~SeOraNg SaHaBaT...~




Pertama

Pilihla sahabat yang bersedia untuk melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan bagi diri kamu dan bila kamu dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua

Pilihla sahabat yang apabila kamu menghulurkan tangamu untuk memberi jasa baik atau bantuanmu, dia suka terima dengan rasa terharu dan jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia akan suka menghitung-hintungnya(menyebut-nyebutnya).

Ketiga

Pilihla sahabat yang akan menerima kebaikan dan keburukan yang ada pada dirimu. Jika ada kekurangan pada dirimu(keburukan), dia akan suka menutupinya.

Keempat

Pilihla sahabat yang jikalau kamu meminta sesuatu daripadanya, pasti dia akan memberi, jikalau kamu diam dia akan menyapa dirimu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia akan membantu dan cuba meringankan kesukaran serta menghiburkan kamu.

Kelima

Pilihla sahabat yang jikalau kamu berkata-kata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayai sahaja. Jikalau kamu mengemukakan satu persoalan yang berat dia suka menusahakan dan jika kamu berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentingan kamu.

Dan jika kita perlukan sahabat yang sedemikian, kita seharusnya menjadi seorang sahabat.


Ahad, 10 Oktober 2010

~SeSeOrAnG PeRnAh BeRkATa..~


Ilmu adalah sesuatu yang sangat berharga. Lebih dari emas, perak, wang dan segalanya. Kerana ada ilmu di dada hidup di dunia ini tidak perlu dirisaukan. Cuma kita yang perlu memamdu ilmu tersebut ke arah mana yang kita kehendaki.

Belajarlah...sampai ke liang lahad..sampai ke negara china sekalipun..kerana ilmu adalah cahaya untuk menerangi hidup.

Apabila ada ilmu di dada...jangan bermegah-megah pula..jangan pula mendabik dada..mengangkat hidung setinggi-tingginya..kerana ilmu kita bukan untuk dibanggakan tetapi di sebarkan supaya manfaatnya dapat digunakan selamanya.

Pelajari...setiap ilmu..selagi termampu..kerana tidak akan merugikan masa dan penat yang digunakkan untuk merebut ilmu itu, malah jika kita mendapat ilmu beruntung kita dari mereka yang mensia-siakan ilmu.

Rabu, 11 Ogos 2010

~RaMaDhAn...DaTaNg Di NaNTi...~




Pejam celik dah sampai kita di bulan mulia bulan Ramadhan al-mubarak. Aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah Allah S.W.T masih memberi peluang kepada aku untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan ini. Semoga pada Ramadhan ini aku dan seluruh umat Islam akan Mendapat barakah dari bulan yang mulia ini. “Ya Allah, terimalah segala amal ibadat aku dan kuatkan iman aku semoga aku tidak mengsia-siakan bulan Allah ini.” Amin.


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

LAFAZ NIAT PUASA

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT BERBUKA PUASA

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK