Jumaat, 27 November 2009

~SaLaM AiDiLAdHa~

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ’syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing).” (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)


~SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA~

Rabu, 25 November 2009

~BeRFiKiR SeKeJaP~


Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritanya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, niscaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.

Ahad, 22 November 2009

~DiKaTa-KaTa...2~

The man who says he never has time is the laziest man.(lichtenberg)


Knowledge and skills are tools, the workman is character.


A medical doctor makes one healthy, the nature creates the health. (aristoteles)


Those who are able to control their rage can conquer their most serious enemy.

Rabu, 18 November 2009

~eXaM TAmAT!!!~

GOOD BYE FINAL EXAM!!!!

Sabtu, 14 November 2009

~iNgiN TaHu....TuBuH MaNuSiA~


Badan mempunyai:
206 Tulang dan lebih kurang 639 Otot

Daripada keseluruhan berat badan:
Berat seluruh Kulit - 16%
Berat seluruh Otot - 40%
Berat seluruh Tulang - 25%
Berat Otak - 2%

Degup Jantung:
Purata degupan Jantung 79 kali seminit.
100 000 degupan sehari, tanpa henti sepanjang hidup.

Kekuatan Jantung: dalam sehari Jantung berupaya mengepam 10 000 liter cecair ke dalam sebuah lori tangki!.

Otak:
Mempunyai 10 juta sel saraf.
Boleh membuat perhubungan dengan 25 000 sel saraf lain di seluruh tubuh.
Terbina daripada 80% air.

Umumnya, Otak sebelah KIRI dapat berfikir tentang bahasa, perkataan dan angka serta dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

Otak sebelah KANAN lebih baik dalam seni lukis, muzik dan hal kreatif.

Daripada keseluruhan tubuh:
70% daripadanya adalah terdiri daripada air.

Sel dalam tubuh:
Ada kira-kira 50 000 juta Sel yang berlainan jenisnya di dalam tubuh kamu.


Fakta menarik:
Haiwan yang berleher panjang seperti Zirafah, mempunyai 7 ruas tulang leher sama jumlahnya dengan leher tikus yang kecil dan leher manusia!

Isnin, 9 November 2009

~PaPeR ExAm BeRmULa~

APABILA MINGGU EXAM BERMULA!!!


SELEPAS KERTAS TERAKHIR DIJAWAB!!!


Khamis, 5 November 2009

~MuTiaRa KaTa iSLaM~


Rasulullah saw. bersabda:

Ada dua perilaku yang paling mulia Iman kepada Allah Dan berbuat baik kepada manusia


Orang yang tak punya niat tercela Oleh Allah telah diampuni dosanya Orang yang berniat menolong Pada orang-orang yang dianiaya Dan membantu ummat Islam memenuhi kebutuhannya Pahala haji mabrurlah balasannya


Bagi Allah, Hamba yang paling dicinta Adalah orang yang paling berguna bagi sesama Sedang perbuatan yang paling utama Adalah membuat hati ummat Islam berbahagia


Ada dua perilaku yang paling hina Menyekutukan Tuhan Dan mencipta petaka bagi manusia


Bergaullah bersama ulama Dan dengarkanlah fatwa hukama Sebab Allah hidupkan hati yang mati Dengan cahaya ilmu yang berguna Sebagaimana Allah suburkan bumi Dengan curahan hujan yang menerpa

Isnin, 2 November 2009

~eXaM BeRmULa....!~


Selamat menduduki final exam kepada semua student um (2009/10)!!!!

(xspecialy ntuk aku!!!09hb~18hb)

Ahad, 1 November 2009

~DiKaTa-KaTa..~

Only the man who is in the truth is a free man.


The worst in the business world is the situation of no decision. (Napoleon).

To be silent is the biggest art in a conversation.


Real power does not hit hard , but straight to the point.