Rabu, 25 November 2009

~BeRFiKiR SeKeJaP~


Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritanya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, niscaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.

1 ulasan:

  1. http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    Salam Dari kami Warga Kerja http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    kepada semua
    Keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan niaga,
    pelanggan dan pengunjung blog ini.
    Selamat Menyambut Hari Raya Haji Aidil Adha
    Selamat Menunaikan Ibadah Korban….

    Salam Aidil Adha Dari Mereka Yang Menjadi Tetamu Allah..
    "Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam."

    Jangan lupa ambil kad ucapan Salam lebaran aidil adha… pilih lah nak mana satu

    Sorry lama sangat tak ziarah blog kamu ni… dah banyak yang entry yang tertinggal nak baca… ape pun kami tetap masih menziarahi blog kamu sebagaai tanda nilai satu persahabatan yang telah lama … sambung kembali persahabatan kembali… dengan respond anda….

    BalasPadam