Khamis, 25 Februari 2010

~KeNaNgAn~


kenangan

merupakan satu alat yang terbaik untuk membuat kita ketawa, bersedih, memberi semangat, menjadi tabah dan menjadi seorang yang dipanggil manusia.

kenangan

merupakan cerita yang telah kita lakonkan pada masa lampau.

kenangan

merupakan pembelajaran yang terbaik yang dipelajari tanpa perlu ke sekolah atau ke kuliah.

kenangan

merupakan pratikal yang amat bernilai untuk kepentingan diri.

kenangan

merupakan buku rujukkan yang akan digunakan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang yang dewasa.

Dan

kita adalah pencipta kenangan yang indah, hiba, sedih dan sebagainya kerana kita adalah manusia yang sedang mencipta kenangan pada setiap masa.

Jumaat, 19 Februari 2010

~SiApAkAh~


MARI KITA BERKONGSI DENGAN DIRI KITA DENGAN MENANYAKAN "SIAPAKAH" DIRI KITA YANG SEBENARNYA.

Siapakah orang yang sombong
- Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya
- Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita - cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya
- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli
- Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik namun tidak di endahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
- Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya
- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". ,sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara
- Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya
- Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan> apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini. Siapakah orang yg miskin
- Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai
- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh
- Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
- Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya
- Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu
- Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saje yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi
- Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu di tipu
- Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik
- Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
- Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi di himpit
- Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal
- Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yg tidak berakal
- Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan siksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.

DAN SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA?

Ahad, 14 Februari 2010

~RaHsiA GeRaK..LaKu..~


Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.


1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari

Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap

Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap

Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang

Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap

Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas

Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Rabu, 10 Februari 2010

~MaNuSiA & AiR~

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. kenapakah keadaan ini berlaku?adakah kita kurang tidur?terlalu penat makan sehingga mengantuk? atau terlalu kenyang?





mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, terlalu penat atau terlalu kenyang, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?


Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Kesan kekurangan cecair Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk Lesu pada waktu siang

Sakit belakang Dehidrasi Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Ahad, 7 Februari 2010

~KiSaH KaTaK & KeGiGiHaN~


jadilah mcm seekor katak yang gigih


Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,...



… yang berlumba-lumba

Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...



Perlumbaan pun dimulakan...



Secara jujur:

Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!

Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!



Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!"



Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...

Dia tak mahu menyerah kalah!



Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?



Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?



Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!



Nasihat bijak dari cerita ini adalah:


Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...


…karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.



Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada.

Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!



Kerana itu:




Selalulah tetap.....



POSITIVE!





Dan yang terpenting:


Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!


Selalulah berfikir:

I can do this!

Jumaat, 5 Februari 2010

~GoLoNgAn ZaLiM~


Mari kita renungkan tentang sikap kita yang membawa kepada kezaliman terhadap diri sendiri. Adakah kita ini tergolongan dalam golongan yang zalim. Baca lah semoga kita menyedari tentang sesuatu dan semoga ia menjadi pendoman kepada kita.

Ulama sufi Sufiyah Ath-Thani menyebut 10 jenis sifat zalim yang selalu melingkari hidup manusia. Berikut dicatatkan sifat zalim untuk renungan bersama. Dengan kekuatan jiwa insya-Allah kita akan dapat berusaha menghindarkannya daripada membenih di dalam diri.
Pertama, orang yang sampai atau singgah di sesuatu tempat pada Jumaat, dia sengaja mengelak diri dan tidak mahu menunaikan solat Jumaat, sedangkan orang ramai menunaikannya.

Kedua, orang yang melintasi kawasan perkuburan tetapi tidak mahu mengucapkan 'Assalamualaikum' kepada penghuni kubur.

Ketiga, orang yang masuk ke dalam masjid, tetapi keluar semula tanpa mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebanyak dua rakaat.

Keempat, orang yang tahu membaca al-Quran, tetapi tidak mahu membacanya sekurang kurangnya satu ayat sehari. Tetapi jika seorang yang menunaikan solat lima waktu setiap hari, pasti dia akan membaca lebih daripada 100 ayat.

Kelima, orang yang berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain. Termasuklah seorang imam yang hanya mendoakan untuk dirinya saja, sedang makmum turut sama mengaminkan doa yang dibacanya.

Keenam, apabila seorang alim dan berilmu pengetahuan datang ke sesebuah tempat tidak ada yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya, sedangkan dia dihantar ke tempat itu untuk memberi tunjuk ajar, khususnya dalam bidang keagamaan.

Ketujuh, orang yang dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis tetapi sengaja tidak menghadirkan diri tanpa alasan munasabah.

Kelapan, dua orang yang bertemu dalam perjalanan lalu mereka berbual mesra, namun tidak bertanyakan nama masing-masing.

Kesembilan, orang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi tidak pula mengambil kesempatan daripada masa yang terluang untuk mencari ilmu pengetahuan.

Ke-Sepuluh, orang yang tidur dalam kekenyangan, sedangkan jiran atau penduduk di sekitar tempat tinggalnya menderita kelaparan.

Apakah kita tergolong dalam salah satu golongan di atas? Fikir-fikirkan lah.. Wallahua’lam... ...

Rabu, 3 Februari 2010

~KaDaNgKaLa HiDuP iNi PeLiK~


Kadangkala hidup ini amat pelik. Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan untuk menyakitkan hati orang membuatkan hati sendiri yang terasa.

Kadangkala hidup ini amat pelik. Mencari kesalahan orang lain untuk menerima kenyataan yang tidak dapat diterima.

Kadangkala hidup ini amat pelik. Menunjukkan perasaan gembira walaupun tidak gembira.

Kadangkala hidup ini amat pelik. Terus menanti walaupun penantian itu adalah sia-sia.

Kadangkala hidup ini amat pelik. Apabila peluang yang datang tidak dihargai dengan sepenuhnya.

Kadangkala hidup ini amat pelik. Merasakan diri seorang diri apabila mempunyai kawan yang ramai.

Kadangkal hidup ini amat pelik. Berusaha menjadi orang lain untuk menjadi seorang manusia yang sempurna.

Kadangkala hidup ini amat pelik. Semakin pelik. Menjadi pelik. Terasa pelik......apabila anda yang merasa diri anda yang pelik.

Isnin, 1 Februari 2010

~KaRaNgAn BuLaN iNi~

taun lepas aku ada letak karangan sal HANTU..taun ni ada lak karangan sal DATUK..layan....