Pertama
Pilihla sahabat yang bersedia untuk melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan bagi diri kamu dan bila kamu dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua
Pilihla sahabat yang apabila kamu menghulurkan tangamu untuk memberi jasa baik atau bantuanmu, dia suka terima dengan rasa terharu dan jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia akan suka menghitung-hintungnya(menyebut-nyebutnya).
Ketiga
Pilihla sahabat yang akan menerima kebaikan dan keburukan yang ada pada dirimu. Jika ada kekurangan pada dirimu(keburukan), dia akan suka menutupinya.
Keempat
Pilihla sahabat yang jikalau kamu meminta sesuatu daripadanya, pasti dia akan memberi, jikalau kamu diam dia akan menyapa dirimu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia akan membantu dan cuba meringankan kesukaran serta menghiburkan kamu.
Kelima
Pilihla sahabat yang jikalau kamu berkata-kata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayai sahaja. Jikalau kamu mengemukakan satu persoalan yang berat dia suka menusahakan dan jika kamu berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentingan kamu.
Dan jika kita perlukan sahabat yang sedemikian, kita seharusnya menjadi seorang sahabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan