Sabtu, 15 Mei 2010

~IsTaNa BuDaYa~

Post ini ak akan membawa sedikit tentang tempat yang aku sedang membuat pratikal. aku mula melapor diri di istana Budaya(IB) pada hari isnin 10/05/10. aku akan berada di IB selama 2 blan ntuk aku memenuhi 3 jam kredit aku. Pada awalnya aku merasa teruja jgak la sbb ak x pnah masuk pun IB kalo lalu tu biasa la kut. Pada hari pertama ak mndaftar diri, ak diltakkan di bahagian Pemasaran. berada disitu pada hari pertama ak rasa lama je. ak sorg je pg buat praktikal kat situ. Ak lak sorg je kna kat pemasaran. slama 3 hari gak la ak rasa tertekan. Da la xda keje nak buat..huhuhu..msuk ari ke-4 ak da dpt sesuaikan diri..staf2 disana baik suma.sonok gak la walpun ak masih x slesa ag. skang ak hrap ak akan dpt pngalaman baru di IB yang merupakan antara 10 pentas terbaik didunia(bangga gak ak kat Malaysia ada pentas cmni)huhu..kat bwah ni aku bg skit info tntang IB. Jom usha2.


Sejarah Istana Budaya

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan pengwujudan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diserahkan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.

Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wahana seni Malaysia. Pengwujudannya didahului dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN telah berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail yang menumpukan kegiatannya secara professional dalam bidang seni tari dan seni muzik tradisional.

Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya boleh dibanggakan sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.

Rekabentuk bangunan ini adalah bercirikan kebudayaan Melayu. Istana Budaya terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya telah siap pada tahun 1998. Kabinet telah memutuskan pemansuhan penggunaan nama Panggung Negara kepada ISTANA BUDAYA secara rasmi pada tahun 2000.

(sumber ak copy paste dari laman web rasmi IB)

minggu pertama ak masuk ke IB, ak bertuah sbb dpt tgk teater West Side Story. ak x pham sngt sal cite ni. da ni baru 1st ak dngar kot sal cite ni. teater ni di bawa khas amerika. teater yg bercorak muzikal ni dibawa ke Malaysia scara EKSKLUSIF sempena ualangtahun ke-50 produksi tersebut yg jelajah seluruh dunia..

sedikit sal cite ni: teater ni berasaskan pada crita 'Romeo N Juliet' karya Shakespeare. ia mengisahkan tentang cinta 2 pasangan yg terkenal dalam lagenda barat (Troilus n Cressida).

Antara senarai lagu popular yang akan dipersembahkan adalah ” Somewhere,” “Tonight,” “Jet Song,” “I Feel Pretty,” “One Hand ,One Heart,” dan “Cool’.


Petang tadi ak pg la kat IB untuk tgk cite ni. Ak dpt 2 tiket. Punya la susah ak nak ajak sape ikut ak g tengk cite ni..last2 ak bwak la kawan aku p sma. Teater mula kul 3pm. Bkan senang nak tengak tetaer ni..da la tiket mahal(paling murah RM190..VIP RM590)..harga tiket ni kalo buat blnja ntuk 2 bln ak kat sni ckup kot..hhuhuhuhu...aku pg la ngan kawan ak..pada mulanya mang smngat la nak tgk..tp x smpai 1 jam mata mai ngntuk..hehhehe(bahasa inggeris la teater ni..tu jadi mgantuk tu..huhuhu) x sampai hbis cite ak pun balik la..tp pngalaman tgk teater buat pertama kali mang best la..dengan pentas yg di setup oleh org pro..bkan snng nak dapt peluang ni..ak harap lpas ni byak lagi r pngalaman yg ak dpt kat IB..




3 ulasan:

  1. IB belum pergi lagi..
    taman budaya udah..
    hehe
    ^^
    tu pun sbb drama course..


    salam kenal ye,
    mencari2 kete coklat kat sini..



    jemput-jemput tinggal jejak di-->Sahabat♥Di♥Sana

    BalasPadam
  2. salam kenal...
    taman budaya blum pnah pg gak..
    IB je baru smpai..

    terima kasih kerana mjenguk ketecoklat..
    slalu2 la jenguk k :)

    BalasPadam