Selasa, 29 September 2009

~NaK TiPu MaLaiKaT~



.. ... .Al-kisahnyer sorang orang tua yang hidup kaya raya.. ... . tapi semua hasil kekayaannyer adalah hasil tipu muslihatnyer, die tidak penah memakai barang2 yang tiada kualiti, semua barang2nyer berharga dan berjenama, namun orang ini amat kedekut... .. ..


hari2 orang kaya ni hidup dengan tipu muslihat die memang cekap sehingga semua mangsanyer terpedaya dengan nyer... . oarang kaya ini mempunyai isteri dan anak... ... .. . setiap hari isterinyer berdoa pada tuhan gar suaminyer tu insaf... ... . banyak kali juga si isteri ni cube menasihatkan suaminyer namun tidak dipedulikannyer malah dimarah isterinyer.. ... ..


"kau tak payah nak ajar aku macam mane nk hidup, ko ingat kita akan kaya begini kalu aku ni tak pandai menipu".

sampai satu tahap harta anak yatim pun mamat ni tipu jugak... ... . .. suatu hari orang kaya ni jatuh sakit, sakit tenat... ... takder orang datang melawat sebab mase sihat orang kaya ni sangat kedekut dan tidak berkawan dengan orang kampung... .. ... .

sampai la saat yang amat tenat orang kaya ini sambil ditemani oleh isteri dan anak2nyer... .. die pun berkata kepada isterinyer.. ... ..

" yang kalu abg mati nanti yang tak payahlah beli kain kapan yang mahal2, beli je yang murah kalu bleh yang buruk dan koyak rabak" isterinyer bersuara didalam hati alhamdullillah insaf juga akhirnye laki aku... ... tapi terdetik dihati isteri untuk bertanya kenapa, die pun bertanya... . ... .

bang kenapa nak yang buruk2 bang,

lantas orang tu pun berkata,

ala kalu pakai yang buruk2 nanti kalau malaikat datang dalam kubur nanti tengok kain kapan dah buruk dah lunyai, mesti malaikat tu ingat abg dah lame mati, jadi die tak tanyer la abg.

isteri pun berkata masyaallah sampai malaikat pun nak tipu ingatkan dah insaf.

Sabtu, 26 September 2009

~PenGiSiAn JiWa~



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

RENUNGKANLAH........


Khamis, 24 September 2009

~MeNaTaP WaJaH...~


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. ... lihatlah ibu anda... .Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu..Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya... Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyak nya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.Pengorbananya amt bermakna melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... ..

~RENUNG-RENUNGKANLAH.....~

Selasa, 22 September 2009

~SeNyUm Yg TeRaBai~


Senyum seringkali diabaikan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba sibuk ni..asyik dahi je berkerut. Senyum tak senyum kita boleh tahu perwatakan seseorang dengan jelas pada raut wajahnya apakah ia seorang yang tenang atau selalu dalam ‘trouble’. Senyum tak semestinya bibir naik sampai ke telinga ataupun senyum cam doraemon. Senyum itu jika dari hati yang ikhlas akan terpancar pada air muka walau bibir nampak selamba saja.


Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan ‘senaman dalaman’ di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Badan juga turut 'tersenyum' dan menganggap kita dalam mood gembira.


Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya membuatkan hidup kita sentiasa ceria tetapi dari sudut kesihatan ia memberi banyak kebaikan.


Kadangkala perkara-perkara yang mudah macam nilah selalu saja tidak dipedulikan walhal ianya amat penting untuk diri kita. Sebagai contoh, perhatikan saja nafas kita. Ianya nampak mudah dan macam takde apa yang nak dihirau kan? Tapi cuba kalau tak bernafas dalam seminit… macamana la rasanya kan? Itu belum dibuka rahsia bab nafas yang banyak faedah & rahsia2nya.


Berbalik bab senyum ni, sebelum kita nak belajar-belajar senyum jom kita baca apa faedahnya senyum ni.

Senyum membuat kita tampak menarik.

Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

Senyum mengubah perasaan.

Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rilex. Automatik!

Senyum menghilangkan stres.

Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

Senyum meningkatkan imuniti.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rilex.

Senyum menurunkan tekanan darah.
Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

Senyum jadi awet muda.
Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

Senyum membuat kita kelihatan sukses.
Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

Senyum membuat fikiran positif.
Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.

Senyum murahkan rezeki & lerai kesulitan.
Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu: “Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?” Tuan Guru menjawab sederhana: “Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Dah habis baca faedah senyum, sekarang cuba praktikkan beberapa tips senyum ni. InsyaAllah anda akan lihat hasil kehidupan anda amat memuaskan.

Senyumlah ketika:
1) Bangun dari tidur - mulailah kehidupan dengan penuh keceriaan
2) Selepas mandi – tubuh bertambah-tambah segar dengan mandian + senyuman
3) Sebelum mulai sesuatu kerja – kerja yang sukar menjadi mudah
4) Buntu, masalah – fikiran jadi terbuka, mudah dapat idea bernas & jalan keluar
5) Sebelum & selepas ibadah wajib & sunat
6) Sebelum tidur – dapat leraikan ‘sampah’ dalam fikiran. Tidur jadi nyenyak.
7) Setiap keadaan
Banyak cara kita boleh senyum. Nak atau tak saja. Tak perlu keluar modal, duit pun. Tapi inilah yang sering kita lupa. Sekarang dah tahu, kita faham maka amalkanlah. Untung pada diri sendiri juga, orang di sekeliling pun dapat ‘habuannya’.

p.s. Senyum yang tidak digalakkan: Senyum sinis, senyum nak ngorat anak dara, senyum kambing!!!!!

Ahad, 20 September 2009

~SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFitRi~

BAGI LISANKU YANG TIDAK TERJAGA,
JANJIKU YANG TERABAI,
HATI YANG BERPRASANGKA,
SIFAT YANG PERNAH MENYAKITKAN HATI,
AMPUN DAN MAAF KUPINTA.





SEIRING SALAM SEHARUM GANJA,
KASIH DIBERI SEHENING WHISKY,
DENGAN HATI SEPUTIH SYABU,
WALAUPUN ADA DOSA SEKECIL EXTACY,
MAAF DIPINTA ZAHIR & BATIN.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Sabtu, 19 September 2009

~sEmOgA JuMpA LaGi........RAMADHAN!!~



Seperti seorang kekasih, selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

KENAPA PERLU MERINDUI RAMADHAN (RENUNGKANLAH)
1.Bulan pengampunan
2.Pahalanya dilipatgandakan
3.Pintu surga dibuka dan neraka ditutup
4. Dicintai Allah
5.Do'a dikabulkan
6.Turunnya Lailatul Qodar
7.Qaulan tsaqiilaa


DAN PELBAGAI LAGI KEISTIMEWAAN DIBULAN YANG MULIA INI,
BULAN RAMADHA AL-MUBARAK.

SEMOGA TAHUN DEPAN DAPAT BERJUMPA LAGI.

Rabu, 16 September 2009

~pAnTuN RaYa~



::Pantun dari Malaysia::

HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....



Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke

Bulang pose mung bengong

Bulang raye mung gile


kelantan...
Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar

kelik rayo taksir laju

Nanti rayo dale sepita

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko

Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite cerie

Esok luse hari raye

Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok

Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api

Campo dongan daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau

Tapi wa tipu sama lu Raya

jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupei

Pandu hemat ingat kampong

Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq

Lapaq perut makan pau

Macam mana tak ketaq

Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak

Anak mami juai pesemboq

Lepaih raya jgn dok triak

Kalu ceti mai kot dapoq


Perlis...
Padangbesaq kecik aja

Tempat siamlalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang


(SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR & BATIN)

~BaLiK kAmPuNg~


MEMULAKAN PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG. SEMOGA SELAMAT SAMPAI. AMIN~

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Selasa, 15 September 2009

~::MaTa::~


A. KENAPA DUA MATA?
Mata kiri nampak sesuatu benda berbeza sedikit daripada mata kanan.

tutup mata silih berganti untuk melihat perbezaan. Mata juga berputar ke dalam apabila melihat benda yang dekat, dan Mata akan lurus ke hadapan apabila melihat benda jauh. Otak menggunakan maklumat ini untuk mengukur jarak.

B. BERKELIP-KELIP
Dalam sehari mata kamu berkelip satu setengah jam. semasa berkelip, kelopak mata membasuh permukaan biji mata yang lembut sambil menyapukan air mata baru dan segar - membersihkan mata. setiap kelip mengambil masa satu per tiga saat.

C. MENANGIS
Mata berair bila habuk masuk kedalamnya supaya habuk tersebut keluar. Air mata biasanya mengalir keluar dari liang halus di dalam kelopak mata dan masuk ke dalam hidung. sebab itulah kamu menghembuskan hidung selepas menangis.

D. MATA KITA
Ahli sains mendapati bahawa empat per lima daripada apa yang kita ingat berpunca daripada apa yang dilihat.

Ada lebih 100 juta sel ROD di dalam setiap biji mata.

sel ROD nampak sesuatu benda dalam hitam putih. sel ini bekerja dengan baik dalam cahaya samar.

ada kira kira 7 juta sel KON didalam setiap biji mata yang nampak warna dan terperinci, tetapi hanya boleh bekerja apabila cahaya terang.
setiap kali cahaya terkena ROD atau RON, ia menghasilkan isyarat atau "impuls saraf", yang bergerak keluar dari mata, melalui saraf utama menuju ke Otak.

tiba di pusat penglihatan di Otak, semua impuls di susun dan di kumpulkan.

gambar hitam putih dan berwarna disatukan dari kedua-dua belah biji mata.

Mata hanya bertugas menukarkan pancaran cahaya yang diterimanya menjadi impuls saraf dan kemudiannya menghantarnya ke Otak.

sebenarnya ... . OTAK yang MELIHAT.

Isnin, 14 September 2009

~JaWaTaN KoSoNg!!!!~


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar.. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

Jumaat, 11 September 2009

~AdA ApA dEnGaN LELAKI...~


Lelaki tulen.

Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.

Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.

Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.

Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.

Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.

Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.

Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.

Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.

Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.

Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.

Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.

Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.

Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.

Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.

Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.

Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Rabu, 9 September 2009

~MeNaRiK..ReNuNgKaNLaH~

MENARIK . MENARIK. JGN TAK BACA?



Ada seorang pemuda yang lama sekolah
di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta
kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru
agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.



Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa
menjawab pertanyaan- pertanyaan
saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan
Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.


Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-


1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak
mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan
pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda
bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?


Pemuda: Sakit.


Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk syaitan.

Isnin, 7 September 2009

~NuZuL Al-QuRaN~




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikir pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

(SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN)

Sabtu, 5 September 2009

~KeAjAiBaN HaTi~




Hati atau roh
merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:


1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.



2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.


3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: Maksudnya: “Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)



4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dan Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar Cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal.



Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

Jumaat, 4 September 2009

~iNdAhNyA RaMaDhAn~(Hadith-Hadith)


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Selasa, 1 September 2009

~MaLaiKaT di RuMaHmU~


Malaikat di rumahmu



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?


Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu. "


"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."


"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."


"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"


"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"


"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"


"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."


"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."


Saat itu Surga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan,

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.