skip to main |
skip to sidebar
~::MaTa::~
A. KENAPA DUA MATA?
Mata kiri nampak sesuatu benda berbeza sedikit daripada mata kanan.
tutup mata silih berganti untuk melihat perbezaan. Mata juga berputar ke dalam apabila melihat benda yang dekat, dan Mata akan lurus ke hadapan apabila melihat benda jauh. Otak menggunakan maklumat ini untuk mengukur jarak.
B. BERKELIP-KELIP
Dalam sehari mata kamu berkelip satu setengah jam. semasa berkelip, kelopak mata membasuh permukaan biji mata yang lembut sambil menyapukan air mata baru dan segar - membersihkan mata. setiap kelip mengambil masa satu per tiga saat.
C. MENANGIS
Mata berair bila habuk masuk kedalamnya supaya habuk tersebut keluar. Air mata biasanya mengalir keluar dari liang halus di dalam kelopak mata dan masuk ke dalam hidung. sebab itulah kamu menghembuskan hidung selepas menangis.
D. MATA KITA
Ahli sains mendapati bahawa empat per lima daripada apa yang kita ingat berpunca daripada apa yang dilihat.
Ada lebih 100 juta sel ROD di dalam setiap biji mata.
sel ROD nampak sesuatu benda dalam hitam putih. sel ini bekerja dengan baik dalam cahaya samar.
ada kira kira 7 juta sel KON didalam setiap biji mata yang nampak warna dan terperinci, tetapi hanya boleh bekerja apabila cahaya terang.
setiap kali cahaya terkena ROD atau RON, ia menghasilkan isyarat atau "impuls saraf", yang bergerak keluar dari mata, melalui saraf utama menuju ke Otak.
tiba di pusat penglihatan di Otak, semua impuls di susun dan di kumpulkan.
gambar hitam putih dan berwarna disatukan dari kedua-dua belah biji mata.
Mata hanya bertugas menukarkan pancaran cahaya yang diterimanya menjadi impuls saraf dan kemudiannya menghantarnya ke Otak.
sebenarnya ... . OTAK yang MELIHAT.
salam ramadan dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri salah silap harap ampun dan maaf..
"Ramailah orang memasang pelita,
berbaju melayu cantik ceria,
Salam dihulur kemaafan dipinta,
Menyambut aidilfitri hari mulia"
dari mata hati ini.. dari sudut lembaran ini.. mata bertentang mata..mata ku mengalir air mata bergelinang.. anak mata ku semakin merah.. aku bersa bersalah maafkanlah daku ye... itu je comment pasal mata