HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah...
Hari Ini ~ realiti yang sedang kita lalui...
Esok ~ Hari yang belum pasti...
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua...
HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik...
Nafas Turun...
Hargailah nafas naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALLAH secara FREE dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya...
Bertaubatlah dalam nafas turun kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini...
HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah...
Hidup dalam kemurkaan Allah...
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal sebagai ahli di dalam neraka...
Kekal sebagai ahli di dalam syurga...
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman...
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia...
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha hebat...
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan Rukun Islam yang 5 itu dan puncaknya adalah solat...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass...
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengepos sepucuk surat tanpa melekatkan setem...
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian...
~RENUNGKANLAH KERANA ANDA YANG MENENTUKAN KEMANA ANDA PADA AKHIRNYA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan