Jumaat, 29 Januari 2010

~YaNg PeRTaMa~

Orang Pertama.....

Jom kita melihat siapa orang yang pertama yang di anugerahkan oleh ALLAH S.W.T sepanjang zaman.


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24.. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SA




Rabu, 27 Januari 2010

~BiLa MuSiM PiLiHaNrAyA KaMpus~


uish...sonok lihat banyak poster2 da tampal sana sini dlam kampus UM..nak mengundi la kata kan..skang ni ni pon nak kuliah pon susah..ada je mnggangu nak msuk kempen calon..adoooiii..(tp kalo ada kuliah pon aku tido jgak..hehehehe)...tp x le bla nyer...janji di tabur cam nak pilihanraya negeri...mang dasat la...nak jadi pemimpin katakan..buatnyer tak..jnji org sokong...hahaha...bagi tukang bersih sampah mang penat la mnggu ni..smpah merata2...bnyak mna la CALON2 HARAPAN ni buat sampah...pitih bnyak habis ke bnda tu je...xpe jnji menang kan...
esok pakat turun la warga kampus UM ntok ngundi..dngar cite guna e-undi...xtau la guna cmne...tahun lpas best gak ngundi tp taun ni pkai komputer blake(zaman it katakan) xtau la best ke x...jadi kita tnggu je le keptusannya..tgk la cmne jnji2 dorang tabur tu buat ke x.....

p/s:taun lepas ada kpala b*b* dalam surau kat API..taun ni xda plan ke nak ltak kpala natang ape lak dalam surau...

Isnin, 25 Januari 2010

~LuCuNyA..hahahahaha...~




hahahahaha..mari kita gelak ketawa dengan perbuatan yang kita buat setiap hari...semoga anda dapat bergelak ketawa dengan membaca artikel dibawah ini.


Lucunya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Mid Valley

Lucunya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"

Lucunya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang

Lucunya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Lucunya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucunya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucunya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucunya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

Lucunya..
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucunya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,
berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucunya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga empat lima kali....

RENUNGKANLAH.......

Jumaat, 22 Januari 2010

~KiSaH SePoHoN EpAL~

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Renungkan bersama kisah ini dan sama2lah kita mengambil iktibar untuk lebih menghargai dan menyayangi kedua ibubapa kita...


LAYAN LAGU SUDIRMAN-AYAH & IBU

Rabu, 20 Januari 2010

~RaHsiA TaPaK TanGaN~

JOM SUKA-SUKA KITA MENILIK TAPAK TANGAN!!

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat... . Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Ahad, 17 Januari 2010

~BoDy LaNgUaGe~


Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.


1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Jumaat, 15 Januari 2010

~TiMe ChAnGe EvErYtHiNg~

Times change everthing..

seseorang pernah mengatakan bahawa masa akan merubah segalanya..mungkin pandangan itu betul.

Setiap sesuatu akan berubah mengikut masa. Kita kan menjadi tua kerana masa. Kerana masa juga akan merubah kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Perubahan yang berlaku disebabkan oleh masa banyak memberi kesan pada kita. Dan apabila kita melihat satu kesan perubahan yang dibawa oleh masa itu pada pandangan positif, kita kan menghargai perubahan tersebut.

Kenangan atau masa silam merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli semula. kerana ia berkaitan dengan masa. dan masa bukanlah barangan untuk dijual beli. Masa akan terus bergerak tanpa sebarang halangan.

Dengan masa juga lah kita akan mengenali dengan lebih mendalam tentang diri kita. Jangan kita dikongkong oleh masa lalu kerana perjalanan masa ini tiada kesudahan dan penerimaan terhadap apa yang telah berlaku merupakan satu tindakan yang bagus.

Menyedari tentang masa yang sedang berdetik, kita seharusnya mengisi masa yang masih ada ini dengan semua perkara yang kita sukai.



Layan MP3 Kelly Clarkson - Already Gone

Rabu, 13 Januari 2010

~SeDeKaH~


Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :

”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

RasulAllah SAW bersabda, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang yang menahan hartanya”.

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :

”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah”.

”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”.
”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll.

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah)

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

~TANGAN YANG MENGHULUR LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA~

Isnin, 11 Januari 2010

~TeA~



Anda pengemar Teh?

Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-


1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Jumaat, 8 Januari 2010

~7 kEaJaiBaN DuNiA~


Sekelompok pelajar kelas geografi sedang mempelajari ‘Tujuh Keajaiban Dunia’.
Pada awal pembelajaran, mereka diminta untuk menyenaraikan apa yang mereka pikir merupakan ‘Tujuh Keajaiban Dunia’ saat ini. Walaupun ada yang disenaraikan tidak sesuai tetapi rata2 daripada mereka menyenaraikan seperti berikut :


1] Piramida
2] Taj Mahal
3] Tembok Besar Cina
4] Menara Pisa
5] Kuil Angkor
6] Menara Eiffel
7] Kuil Parthenon


Ketika mengumpulkan senarai yang telah dituliskan,guru matapelajaran geografi memperhatikan seorang pelajar,seorang pelajar perempuan yang pendiam dan masih belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi,guru itupun bertanya kepadanya
apakah dia mempunyai kesulitan dengan apa yang perlu disenaraikan.
Gadis pendiam itu menjawab, ‘Ya,sedikit. Saya tidak dapat memilih karena sangat banyaknya
‘keajaiban itu’.Guru itu berkata,’Baik, katakan pada kami apa yang kamu fikirkan dan mungkin
kami dapat membantu untuk memilihnya’.
Gadis itu terdiam sejenak, kemudian membaca apa yg telah ditulisnya.
‘Saya pikir, ‘Tujuh Keajaiban Dunia’ itu adalah :


1] Bisa melihat,
2] Bisa mendengar,
3] Bisa menyentuh,
4] Bisa menyayangi,
5] Bisa merasakan,
6] Bisa tertawa, dan
7] Bisa mencintai


Ruang kelas tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan apa yang telah dibuat adalah ‘KEAJAIBAN’. Sementara yang kita lihat semuanya yang telah TUHAN
kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai BIASA’.

Ahad, 3 Januari 2010

~PeNyaKiT MaNuSia Yg PaLiNg TeRuK!!!~


SEBAGAI PEMBUKA SELERA PADA TAHUN BARU INI, MARILAH KITA MERENUNG PERKARA YANG SELALU MENJADI PENYAKIT TERHADAP DIRI KITA. KITA SEHARUSNYA MENGIKIS PENYAKIT-PENYAKIT INI DARI DIRI KITA SUPAYA HIDUP KITA LEBIH BERMAKNA LAGI


Macam & Jenis Penyakit Hati / Sifat Buruk - Iri Hati, Dengki, Hasut, Fitnah, Buruk Sangka, dan Khianat!! Definisi & Pengertian
Macam-macam erti penyakit hati dan sifat buruk manusia :


1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rizki / rejeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki
Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Hasud / Provokasi
Hasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antar sesama.

4. Fitnah
Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merusak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindak kriminal pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat / Hianat
Hianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan mengobral janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengemban suatu tanggung jawab di kemudian hari.

sama sama lah kita juahi dari segala penyakit kronik ini!!!


Jumaat, 1 Januari 2010

~WeLcOmE 2010~



SELAMAT DATANG 2010. MULA PASANGKAN AZAM TAHUN BARU!!!

(tp ak x buat pun azam tahun baru!!)

SEBAGAI MEMUDAHKAN KORANG MENGETAHUI CUTI UMUM TAHUN INI, CUBA LA LIHAT JADUAL DI BAWAH (untuk hari kebesaran ISLAM je la)

TARIKH HIJRI

TARIKH MILADI

HARI PERAYAAN /

KEBESARAN ISLAM

12 Rabiulawal 1431

26 Feb 2010

Maulidur Rasul

27 Rejab 1431

10 Julai 2010

Israk dan Mikraj

* 1 Ramadhan 1431

11 Ogos 2010

Awal Ramadhan/Berpuasa

17 Ramadhan 1431

27 Ogos 2010

Nuzul Al-Quran

* 1 Syawal 1431

10 September 2010

Hari Raya Puasa/Idul Fitri

1 Zulhijjah 1431

8 November 2010

Awal Zulhijjah

* 10 Zulhijjah 1431

17 November 2010

Hari Raya Korban/Idul Adha

1 Muharam 1432

7 Disember 2010

Awal Muharam/Maal Hijrah

* Tertakluk kepada perubahan

Sumber :

Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia