Jumaat, 29 Januari 2010

~YaNg PeRTaMa~

Orang Pertama.....

Jom kita melihat siapa orang yang pertama yang di anugerahkan oleh ALLAH S.W.T sepanjang zaman.


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24.. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SA




14 ulasan:

  1. Orang pertama yang komen ko : Aku, FIQ!haha

    BalasPadam
  2. hahaha..hang mang org ptama je komen ak..setiap aku post je msti ang komen dlu..ang mang hebat la fiq(biar r folower ak ada 22 org je)...hahahaha..TAHNIAH di ucapkan pada ang fiq..sila serta kan alamat umah ngan no tepon untuk penghntaran hadiah ke rumah..semoga anda gembira ngan hadiah yg telah diserta kan~

    aku org kedua komen di blog sndiri!!!(adoii xle bla...)

    BalasPadam
  3. eh... buat susah2 aje... aku tak perlukan hadiah. aku iklas komen ko krn Allah. xyah puji2 aku. nanti aku jd lagha.

    kita hidup dlm dunia ni tak lma.jd, bak kata ko sendir, renung-renungkanlah dan selamat beramal=)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah save duit nak bli hadiah...baru je nak beli kapal korek kat ang..tp x ape fiq...lpas ang keje ang beli sndiri...

    INGAT WAHAI FIQ(tulisan ni saje je aku buat huruf besar..nak bagi suspen skit..)

    ALLAH MELIHAT APE YG KITA LAKUKAN
    &
    ALLAH MENILAI APE YG KITA LAKUKAN

    BalasPadam
  5. "ALLAH MELIHAT APE YG KITA LAKUKAN
    &
    ALLAH MENILAI APE YG KITA LAKUKAN"

    jadi kurang-kurangkan la misi ke kafe dan bangku kayu...

    pesanan ikhlas drp rumatemu...-FIQ-

    BalasPadam
  6. secara jujur nyer ang telah mnyedarkan ak...aku p cafe mkang je n aku duk kat bngku kayu bincang assgmnt...
    &
    aku mnyedari tntang
    ALLAH melihat ape yg kita buat
    &
    kesedaran kepada sesuatu yg lebih apabila ROOMET mula mengSKODENG ak..hahahahaha....

    BalasPadam
  7. "kesedaran kepada sesuatu yg lebih apabila ROOMET mula mengSKODENG ak."

    rumate yg mane satu yg menjadi rujukan? Encik A atau saudara macho lagi bergaya, Mr F?

    kalau Mr F yang hensem tu, aku tak pecaye sebb die seorg yg gentlemen dan disegani ramai.

    jadi, adakah Encik A????

    BalasPadam
  8. merujuk kepada masalah anda yang telah sy bawa kepada pihak pakar sakit tuan menyatakan, masalah rujukan itu terpaksa ditutup kes dengan serta merta. hal ini bertujuan menjaga aib atau dengan kata lain menutup kelakuan yg boleh dianggap menimbulkan sensitifliviti antara kaum terutamanya masalah pergaulan antara rommet..

    dengan itu, masalah yg cuba ditanya itu akan terus dijawab secara perbincangan di meja study dalam bilik dimana juri2 yg dijemput akan mnghadiri sesi soal jawab ini.

    (p/s:semoga anda paham ape yg hendak aku katakan..kalo x pham..paham2 kan lah...sbb aku pon x brapa pham..jadi ape yg difahami?)

    BalasPadam
  9. kenapa pula pakar sakit tuan yang perlu dirujuk sedangkan rujuk mahupun cerai perlu berjumpa dengan kadi?

    dan sebagai pelajar, rujukan juga boleh dilakukan di perpustakaan atau pun melalui internet.

    untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rujukan dan cara penulisannya, sila rujuk buku KKM.

    harap maklum

    yang iklas menyuruh rujuk, -FIQ-

    BalasPadam
  10. rujukan pakar sakit tuan untuk sementara waktu sahaja..jika saudara ada msa lapang dan nak buat keje lapangan..saudara juga boleh mngguna segala kemudahan yg disediakan oleh pihak kampus...

    sebagai seorang pelajar yg telah mengikut standard yg telah diperuntukan oleh undang2 berkanun dan mempelajari kursus KKM(kementerian komunis malaya)saudara nmpaknya lebih arif tentang kemajuan teknologi ari ini..jadi gunakan kemudahan tersebut.

    terima kasih atas pandangan saudara fiq..kepada sesiapa mmbaca komen yg membngunan ini sila layari blog2 yg telah disediakan..harap mkalum!!!

    BalasPadam
  11. walaupun balasan saudara faizul itu agak melucukan, namun segala isinya boleh diambil kira sebagai satu cubaan yang patut dipuji.

    harap saudara faizul berusaha memantapkan lagi keupayaan membalas komen agar isinya sampai kepada orang yang ditujukan mesej tersebut.

    moga saudara faizul sentiasa sihat mental dan juga fizikal agar saudara faizul dapat melaksanakan praktikal di kl yang merupakan tempat kritikal dalam arus pemodenan Malaysia kini.

    sekian dariku...-Fiq-

    BalasPadam
  12. satu komen yg membangun daripada saudara fiq..rasa terharu smpai hendak menitiskan ayer mata tp x jadi sbb nak kuar jap lagi..

    pndangan saudara fiq terhadpap persediaan dari segi mental dan fizikal telah siap sedia cuma dari segi keewangan nampaknyer perlu diambil perhatian..

    tetapi melihat kejayaan dan pengalaman yang akan diperolehi apabila melakukan praktikal di tempat memcabar menampakkan satu pulangan yang amat berbaloi biarpun terpaksa mengikat usus perut selama 3 bulan ini..

    oleh itu,sy mengucapkan ribuan terima kasih kerana kecaknaan yang diberikan oleh saudara fiq kepada sy.diharap saudara fiq yg akan buat praktikal di johor juga akan mendpat pngalaman yg berbaloi...

    BalasPadam
  13. keprihatinan saudara faizul amatlah dihargai.

    buat pengetahuan saudara faizul, mengikut usus merupakan satu tindakan yang boleh membawa maut. usus tiada kaitan dengan selera atau nafsu lapar manusia.

    usus hnyalah saluran untuk menyerapa zat makanan yang dicerna di perut selain menjadi saluran untuk mmbuang bhan2 yang tidak diperlukan oleh tubuh.

    harap sebelum saudara faizul mengikat usus, pertimbangan yg waras wajar difikirkan.jika tidak mana-mana Hospital Bahagia sedia menanti saudara faizul dengan tangan terbuka.

    yang ikhas menasihati...-FIQ-

    BalasPadam
  14. satu nasihat berguna...atas nasihat saudara itu telah membawa satu perubahan yg mndlam dalam diri sy..sy telah bertekad untuk menukar minor yg sy ambik kepada minor perubatan untuk mndedahkan diri kepada ilmu organ dlaman manusia sebelum melayakkan diri untuk mngambil praktikal...

    selain itu hospital bahagia tidak menerima sy lagi kerana sy telah mndaftar di PPUM dimana pembayaran semua ditanggung oleh pihak universiti...(kat yuran ada ditulis..sila rujuk kat pejabat bendahari)

    selain itu,diharap saudara mula meninggalkan komen di post yg berikutnya untuk mmeriahkan lagi suasana komen di dlam post tersebut..kedatangan saudara memeriahkan suasana memang dialu-alukan...

    BalasPadam